
Kini, ramai orang menjual kucing ini kerana coraknya yang cantik dan berbelang-belang seperti harimau. Ramai orang terkeliru antara kucing batu dengan kucing bengal. Berhati-hatilah ! Bagi kes serius memiliki dan menjual kucing batu, anda boleh denda sehingga mencecah RM500,000 (Denda ini cukup untuk anda beli sebuah rumah !) Sumber: Sindiket jual hidupan liar atas talian tumpas
Kucing batu ialah kucing hutan. Kucing batu sifatnya garang. Jika anda berani, peganglah kucing batu. Anda akan menerima akibatnya ! Kucing batu gemar makan makanan semulajadi seperti ikan mentah. Kucing batu memiliki tanda putih di belakang telinga. Wajah dan mata yang garang adalah ciri-ciri kucing batu. Selain itu, telinga kucing batu nampak bulat. Kucing batu dijual secara haram dengan harga sekitar RM500 seekor. Kucing batu susah untuk hidup jika ditangkap semasa kecil dan dipelihara sendiri. Hal ini demikian kerana habitatnya yang berbeza berbanding dengan hutan.


![]() |
Kucing bengal yang cantik ini menjadi idaman pencinta kucing |
1 comments:
cantik kucing bengal ni. Diorang aktif. seronok je tengok
Post a Comment